May 26th, 2009

ally iskandar

[note]Ini adalah luahan peribadi dari kami tentang Ally Iskandar. Jadi diharap anda tidak terpengaruh ataupun sekiranya anda ialah peminat Ally Iskandar, janganlah kutuk kami habis-habisan sebab kami tak suka si Ally nie.[/note]

Kami mula tak suka dengan Ally sejak gosip dia bercinta dengan Elyana. Bukannya kami tak suka dia dengan Elyana. Kedua-duanya sama cantik dan sama padan. Cuma cara gosip ini dibina di dalam live TV show menampakkan betapa gediknya Ally nak cuba mendapatkan populariti.

Selepas tue, kami sangat-sangat pelik dengan TV3. Semua benda nak Ally jadi pengacara. Temuramah PM baru pun dia, Mentor pun dia. Pendek kata semua benda Ally lah. Dah tak ada orang lain lagi ke yang boleh mengacara kat TV3 tue?

Yang lagi kami tak sukanya, cara Ally Iskandar menghost rancangan-rancangan nie sama jer. Tak ada variasi. Kalau temuramah PM macam A, hostkan Mentor pun macam A jugak. Sepatutnya kalau dia memang betul pengacara berwibawa, kena la pandai sesuaikan dengan tema dan suasana program tue.

Buat Ally Iskandar, belajarlah menjadi pengacara yang serba boleh. Bukan dengan hanya satu cara sahaja. Lama-lama nanti orang boring jugak. Buat TV3, dah-dahlah tue amik Ally jadi pengacara tetap korang. Latihlah orang lain sebelum kami ramai-ramai tengok RTM. Hehehe.


Comments are closed.

Loading...