Baru-baru ini, tular sebuah video yang dimuat naik di laman media sosial TikTok oleh @buzzingmaalaysia yang telah menarik perhatian ramai.
Video tersebut kini mencatatkan 146 ribu tontonan, 3,693 tanda suka, dan 162 komen.
Dalam hantaran itu, Syafinaz Selamat dilihat ada berkongsi kenyataan daripada Allahyarhamah Sharifah Aini yang pernah memberi pesanan kepadanya untuk tidak berkahwin, dan jika ingin berkahwin, beliau perlu mencari pasangan dari luar negara.
Ketika ditanyakan sama ada dia berpegang dengan nasihat Allahyarham Sharifah Aini itu sehingga tidak bernikah lagi setakat ini, Syafinaz berkata dia menyerahkan urusan jodoh terhadap Allah S.W.T
Ujarnya lagi, perkahwinan buat dirinya pada ketika ini bukanlah satu keutamaan dan dia juga berada dalam keadaan baik-baik sahaja.
Menjengah ke ruangan komen, peminat Datuk Syafinaz tampil mendoakan agar penyanyi dan maestro muzik Malaysia itu dipermudahkan urusan hidup dan dipertemukan jodoh kelak.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.