“Allahuakbar, Siapa Yang Tengah Buli Siapa?” – Uqasha Senrose Jawab Dakwaan Jadi Kaki Buli Di Sekolah, Ramai Netizen ‘Spill Tea’

Hiburan

“Allahuakbar, Siapa Yang Tengah Buli Siapa?” – Uqasha Senrose Jawab Dakwaan Jadi Kaki Buli Di Sekolah, Ramai Netizen ‘Spill Tea’

Kecoh di media sosial sejak semalam apabila seorang individu mendakwa dirinya dibuli oleh seorang pelakon wanita popular yang kini sedang ‘viral’.

Individu itu pada mulanya membuat kenyataan berkenaan pada sebuah video yang memaparkan aktres itu sedang bersedih atas apa yang menimpa suaminya yang juga seorang pelakon.

Advertisement
Sumber : Twitter  
Sumber : Twitter  

Lebih menggemparkan apabila individu itu mendakwa aktres tersebut telah melakukan gangguan seksual ketika mereka berdua masih berada di bangku sekolah dipercayai merujuk kepada pelakon Uqasha Senrose berdasarkan foto yang dimuat naik bersama Tweet dakwaan berat itu.

Enggan mendiamkan diri, Uqasha dilihat sedia maklum mengenai dakwaan itu tampil membuat kenyataan di laman Twitter miliknya hari ini.

Kata Uqasha, ia adalah fitnah dan tidak sepatutnya hanya dengan sekeping gambar, dia sudah dicop sebagai pembuli.

Uqasha SenroseSumber : Twitter  

Ada pula yang cakap saya dan fitnah saya sebagai pembuli. Dengan satu gambar tu saya dah dicop sebagai pembuli. Siapa yang tengah buli mental siapa ni? Dan gambar tu siapa yang ceria.

Ujarnya lagi, dia hanya ingin fokus kepada kesihatan suami, Kamal Adli yang masih dalam proses penyembuhan akibat tragedi pukul yang berlaku baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Dengan keadaan macam ni baiklah saya fokus dekat suami dan diri sendiri. Saya masih dalam keadaan terkejut dan trauma dan difitnah sebagai pembuli.

Dia dalam pada itu turut memuat naik kembali ciapan peminat yang menyangkal dakwaan individu terbabit.

1 year ago

"Dia Buli Mentally & S*xual A*sult Saya" - Individu Dedah Pelakon Wanita Popular Yang Sedang Viral 'Kaki Buli'?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...