Seorang individu tampil mempertahankan diri selepas mendakwa namanya disalah kaitkan dengan kisah rumah tangga seorang pempengaruh yang kecoh diperkatakan kini.
Menerusi hantaran di platform Threads, individu berkenaan menegaskan agar orang ramai tidak salah menuduh pihak lain kerana ia boleh menganiaya individu yang tidak bersalah.
Menurutnya, antara tuduhan paling keterlaluan yang diterima adalah dakwaan kononnya dia merupakan adik atau abang kepada individu bekas isteri pempengaruh itu yang didakwa berada di sebalik akaun terbabit.

Individu itu turut mendakwa isu sebenar tercetus selepas pasangan terbabit sendiri mendedahkan perkara berkenaan di media sosial, sekali gus membuka ruang kepada netizen untuk membuat siasatan dan spekulasi.
“Bini baru (belum kahwin) dia yg buka aib sendiri dulu, Benda dh post kan sonang aku netz nak korek,” ujarnya.
Dalam hantaran sama, dia meminta orang ramai berfikir secara rasional serta memahami emosi seorang isteri yang didakwa menjadi mangsa dalam konflik rumah tangga.

“Fikir logik la.. ada ke isteri yg x sedih n meroyan kalau perkahwinan dirosakkan si pmpn jal*ng?” katanya lagi.
Bagaimanapun, individu tersebut meluahkan rasa kesal apabila pasangan terbabit didakwa menganiaya pihak lain sebelum tampil memainkan peranan sebagai mangsa.


“Korg berdua dh aniaya dia pastu aib kan dia lg… pastu paling xblh brain play victim,” tulisnya.
Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen, dengan ada yang menyokong penjelasan diberikan selain menyeru agar orang ramai lebih berhati-hati sebelum membuat tuduhan atau menyebarkan spekulasi di media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
