Baru-baru ini, usahawan kosmetik sensasi iaitu Siti Jamumall telah memuat naik hantaran di laman TikTok miliknya meluahkan rasa kecewa terhadap seorang pendandan rambut di sebuah Barber Shop di Johor Bharu.
Menerusi video tersebut, Siti Jamumall atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin mendakwa pendandan rambut tersebut telah membuat kesilapan sehingga menyebabkan rambutnya rosak teruk.
Difahamkan, pendandan rambut tersebut didakwa membiarkan ‘bleach‘ selama satu jam dan menggunakan pemanas atau heater rambut.
Boleh tengok dah nak botak, habis kosong nampak kulit kepala, putus habis rambut aku.
@jamumalldotcom Pengalaman ngeri siti buat colour rambut .. dah hampir botak ni ?? apa nak buat ni?? ???
? original sound – J A M U M A L L . C O M – J A M U M A L L . C O M
Menurut Siti, dia meletakkan kepercayaan kepada pendandan rambut berkenaan kerana dikatakan mempunyai pengalaman mendandan dan mewarnakan rambut pelanggan selama 7 tahun.
Aku dah cakap dengan Lawyer, aku tak minta banyak, aku cuma minta kau tanggungjawab balik repair rambut aku.
Malah, Siti memaklumkan dia telah berbincang dengan wakil peguam mengenai tindakan undang-undang dan memaklumkan boleh mengenakan saman malu terhadap pendandan rambut tersebut.
AKu cari duit dengan buat Live. Kalau keadaan aku macam ni, memang malulah. Kalau ikutkan aku boleh saman malu dan minta ganti rugi berdasarkan berapa lama aku tak boleh Live.
@jamumalldotcom Tolong jangan aniaya customer macam ni
? original sound – J A M U M A L L . C O M – J A M U M A L L . C O M
Menjengah di ruang komen, perkongsian video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya menganggap perkara itu hanyalah gimik marketing bagi mengeluarkan produk terbaharu.
Malah, ada juga segelintir netizen yang mengatakan mungking perkara yang terjadi itu merupakan petunjuk daripada Allah SWT supaya dia menutup aurat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.