Tahun lalu, nama pempengaruh Kim Seri menjadi perhatian ramai kerana berjaya membuka restoran halal tiga tingkat di Myeondong, Seoul.
Difahamkan, tujuan dirinya membuka restoran tersebut kerana disana sukar untuk mendapat makanan yang berstatus halal dan restoran itu dapat sambutan hangat di seluruh pelusuk dunia.
Restoran Kim Seri bukan ‘miliknya’ lagi?
Namun begitu, disebabkan terpalit dengan isu menipu pelanggan yang sudah membayar perkhidmatnya, Kim Seri luah rasa terkejut selepas mengetahui restoran itu bukan ‘miliknya’ lagi.
Hal tersebut didedahkan olehnya di Instagram Story, di mana ada paparan mesej seorang individu di WhatsApp memohon orang ramai tidak menyerang nombor telefon berkenaan kerana perniagaan tersebut telah bertukar milik.
Kejam ya dunia perniagaan. Selamat datang ke dunia muka-muka.
‘Kekalkan surau di restoran itu..’
Dalam hantaran IG Story seterusnya, Kim Seri memuat naik video kali pertama dia berjumpa dengan ‘pemilik’ sebelum ini.
Sekadar collab? Akulah menemui ‘sarang’ ini dan menggilapnya dengan rasa impaianku yang melangit.
Dalam pada masa yang sama, wanita terbabit sempat memberi pesanan buat pemilik baharu untuk mengekalkan surau di tingkat tiga restoran berkenaan.
Tampil bersuara mengenai hal ini, pemilik baharu berkata isu yang terjadi ini sama sekali tiada kaitan dengan dirinya.
Salam, Hal tentang Kim Seri, Investor Restaurant, Tour, Guest House atau sebagainya adalah diluar bidang kawalan saya. Harap maklum dan terima kasih. Semoga dipermudahkan urusan dia