“Allah Saja Yang Tahu..” – Nora Ariffin Dibenarkan Pulang Selepas 10 Hari, Bersyukur Diberikan Peluang Kedua Untuk Bersama Keluarga

Hiburan

“Allah Saja Yang Tahu..” – Nora Ariffin Dibenarkan Pulang Selepas 10 Hari, Bersyukur Diberikan Peluang Kedua Untuk Bersama Keluarga

Bersyukur diberikan kesihatan semula, penyanyi Datuk Nora Ariffin telah diberikan kelepasan untuk pulang ke rumah setelah sepuluh hari berada di hospital Kajang, Selangor kerana sesak nafas.

Kata Nora, dirinya amat bersyukur kerana dikurniakan kesempatan untuk bersama keluarga semula selepas sempat dimasukkan ke ICU tempoh hari. Baginya ini seolah-olah peluang kedua dari Allah SWT.

Advertisement

Syukur seolah-olah diberi peluang kedua, Allah saja yang tahu.

Terima kasih buat suami dan anak-anak kerana susah payah menjaga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DATUK NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin)

Pada masa yang sama, pelantun lagu Di Persimpangan Dilema ini tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada suami dan anak-anaknya juga yang sanggup bergilir-gilir menjaganya sepanjang di hospital.

Sejurus menerima berita dirinya dibenarkan pulang, Nora telah memuat naik sebuah video di Instagram menyatakan rasa syukur kepada mereka yang sudi mendoakan kesihatan penyanyi ini. Tambahnya, dia tidak sabar untuk kembali berkerja seperti biasa.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

datuk nora
6 months ago

Nora Ariffin Dimasukkan Ke ICU, Alami Sesak Nafas

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...