Pempengaruh media sosial, Aireena Sofea atau lebih dikenali sebagai Jane, mengesahkan bahawa beliau telah berpisah dengan suaminya, Haqiem Stopa.
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Jane menerusi satu hantaran video di akaun TikTok miliknya. Dalam kapsyen perkongsian berkenaan, Jane memaklumkan bahawa perpisahan itu berlaku secara baik dan dipermudahkan.
@aireenasfj alhamdulillah, allah permudahkan segala urusan saya. saya telah berpisah dengan si dia, pada, harini. 13/1/2026.
“Alhamdulillah, allah permudahkan segala urusan saya. saya telah berpisah dengan si dia, pada, harini.”
Perkongsian itu segera mencuri perhatian warganet dan menerima pelbagai reaksi daripada pengikutnya. Rata-rata netizen mengambil kesempatan menitipkan kata-kata semangat serta mendoakan agar Jane terus kuat dan diberikan ketenangan dalam menjalani fasa baharu kehidupannya.
Bagaimanapun, Jane tidak memperincikan punca perpisahan tersebut dan memilih untuk berkongsi perkara itu secara ringkas di media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
