Pempengaruh dan usahawan, Ridzuan Okumura tampil memberikan penjelasan selepas seorang pengguna media sosial bertanya mengenai lot kubur kosong di sebelah pusara isterinya, Allahyarham Akiko Okumura.
Menerusi satu hantaran di TikTok, Ridzuan yang lebih dikenali sebagai Ridz menjelaskan bahawa kawasan tersebut tidak dapat digali kerana terdapat batu besar di bawah tanah.
Rezeki arwah Akiko. Kawasan sebelah itu memang dibiarkan lapang kerana tidak boleh digali, ada batu besar dalam tanah tersebut. Itu adalah ketentuan Allah.
Arwah seorang yang sangat baik, tidak pernah ada musuh dengan sesiapa atau berdosa sesama manusia. Allah tunjuk keluasan pusaranya sebagai tanda kemuliaan.
Dalam perkongsian sama, Ridz turut mengimbas keperibadian isterinya yang disifatkan sebagai seorang wanita yang taat dan sederhana.
Arwah seorang isteri yang sangat taat kepada suami dan anak. Hidupnya sederhana, tidak ramai kawan, hanya ada saya, Sky, dan ibu mertua.
Hanya Allah yang tahu betapa hebatnya insan yang bernama Akiko Okumura. Al-Fatihah.
Untuk rekod, Akiko sebelum ini dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya.
Kes tersebut diklasifikasikan sebagai kematian mengejut memandangkan tiada unsur jenayah ditemui setakat ini, namun siasatan menyeluruh masih dijalankan termasuk dari sudut kriminologi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.