“Allah Nak Cabut Nyawa Saya Pun Tiada Masalah” – Dah Lantik Peguam, Datuk Red Minta Tempoh 5 Tahun Selesaikan Hutang RM7 Juta

Hiburan

“Allah Nak Cabut Nyawa Saya Pun Tiada Masalah” – Dah Lantik Peguam, Datuk Red Minta Tempoh 5 Tahun Selesaikan Hutang RM7 Juta

Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu memaklumkan bahawa dia sudah melantik peguam bagi menguruskan urusan hutang piutang sebanyak RM7 juta yang ditanggungnya kini.

Ujar Datuk Red, dia meletakkan tempoh masa maksimum selama 5 tahun bagi menyelesaikan hutang berkenaan.

Advertisement
Datuk RedSumber : Kosmo  

Hampir RM7 juta dan lebih 100 orang yang berhutang, tapi saya tak mampu nak bayar sepenuhnya secara terus sekarang.

Tapi ada cara prosedurnya untuk mereka tuntut hutang pada saya dengan hubungi peguam kemudian kita ikut cara yang sepatutnya supaya ada ketelusan dalam membayar hutang itu.

Datuk Red juga berharap agar individu yang terlibat untuk memberikannya sedikit waktu dan bersabar sebelum wang tersebut dapat dikembalikan semula kepada mereka.

@dato..red

good luck geng?????

? hingga tua bersama – ???????????

Saya harap mangsa-mangsa bersabar beri mangsa dan ruang, boleh hubungi peguam saya untuk dapatkan kembali duit mereka.

Saya dah cuba macam-macam usaha sejak lima tahun lepas, andai kata dah selesai semua hutang, Allah nak cabut nyawa saya pun tiada masalah.

Terdahulu, suami kepada penyanyi Adira ini memaklumkan dirinya sudah jatuh muflis dan tidak bekerja sejak lima tahun yang lalu.

Bagaikan jatuh ditimpa tangga, kedua-dua isteri Datuk Red turut memfailkan perceraian terhadapnya namun usahawan itu berkata dia masih ingin menyelamatkan rumah tangganya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Faye kusairi
2 weeks ago

"Risau Sangat Pasal Rumahtangga Aku Ni Ha.." - Faye Kusairi Terpaksa Muat Naik Foto Bersama Suami, Nak Tutup Mulut Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...