July 28th, 2015

Pengumuman senarai anggota kabinet baharu yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tengah hari tadi nyata mengejutkan rakyat Malaysia apabila Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah dilantik sebagai Timbalan Mentri dan Menteri Dalam Negeri baharu berkuatkuasa pada 29 Julai 2015.

Sejurus selepas pengumuman itu dibuat oleh Najib, anak-anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Najwa Mahiaddin dan Farhan Yassin meluahkan perasan mereka di laman sosial Twitter. Status ini telah dikongsi oleh pengikut Najwa lebih daripada 5,000 kali. Ternyata status yang simple ini telah mencuri perhatian ribuan rakyat Malaysia.

Tan Sri Muhyiddin Yassin telah digugurkan daripada kabinet selepas beliau mengkritik mengenai isu 1MDB dan The Edge di hadapan umum baru-baru ini. Namun begitu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberikan jaminan bahawa beliau akan kekal setia dengan UMNO dan menerima pengguguran ini dengan hati terbuka.

Sementara itu, Farhan pula memuat naik gambar ayahnya yang menyentuh hati di laman Instagramnya. Gambar itu dipercayai dirakam di luar pejabat Perdana Menteri di Putrajaya selepas pengumuman rombakan tersebut.

Sesungguhnya pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah satu berita yang amat mengejutkan. Reaksi yang diterima di laman sosial juga rata-rata melahirkan rasa kecewa dengan keputusan ini. Apa-apa pun, salam takziah diucapkan. Baca artikel ini sepenuhnya untuk mengetahui senarai penuh anggota kabinet baharu.

 

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan : Datuk Seri Mohd Najib Razak

Timbalan Menteri dan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Liow Tiong Lai

Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Subramaniam

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri:

Datuk Mah Siew Keong
Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
Datuk Seri Dr Shahidan Kassim
Datuk Azalina Othman

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz

Menteri Pertahanan: Datuk Seri Hishammuddin Hussien

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mustapa Mohamed

Menteri Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin

Menteri Komunikasi dan Media: Mohd Salleh Keruak

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili

Menteri Pendidikan: Datuk Seri Mahdzir Khalid

Menteri KPDNKK: Datuk Hamzah Zainuddin

Menteri Sumber Asli dan Sekitar: Datuk Dr Wan Junaidi

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Datuk Amar Douglas Uggah Embas

Menteri Petanian dan Industri Asas Tani: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Menteri Kewangan II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Anifah Aman

Menteri Di Pejabat Perdana Menteri: Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi: Datuk Wilfred Madius Tangau

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Rohani Abdul Karim

Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Fadillah Yusof

Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri Richard Riot

Menteri Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Tengku Adnan Mansor

Menteri Pengajian Tinggi: Datuk Seri Idris Jusoh

Sumber: Astro Awani


Comments are closed.

Loading...