Penyanyi lagenda negara, Datuk Jamal Abdillah menganggap kehadiran cahaya mata keempatnya, El Isaac Yamani yang lahir pada November tahun lalu sebagai anugerah terindah kurniaan Allah S.W.T kepada dirinya.
Meskipun menimang cahaya mata pada usia 62 tahun, Jamal yang merupakan suami kepada Datin Zai Izzati Khiruddin mengakui kehadiran anak kecil dalam keluarganya benar-benar mencabar tenaga dan agak meletihkan.
Namun, Jamal berkata dia sangat bersyukur kerana dikurniakan anak walaupun semakin menginjak usia.
View this post on Instagram
“Anak pertama (hasil perkahwinan dengan Zai) kini berusia setahun dua bulan, manakala anak kedua ini sudah pun berusia dua bulan. Kehadiran cahaya mata memang meletihkan. Bukan saja saya, orang rumah pun letih juga. Ini sesuatu yang Allah bagi untuk tebus kesalahan saya yang dulu.”
Menganggap kehadiran anak itu sebagai tanggungjawab besar bukan saja dari segi tumbesaran tapi juga untuk mendidik dan menyediakan pendidikan terbaik buat zuriat yang dilahirkan, Jamal kini dilihat bahagia bersama isteri dan anak-anak tercinta.
View this post on Instagram
Perkembangan terkini, penyanyi lagu Seniman Menangis itu dikhabarkan sedang sibuk membuat persiapan untuk pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) bersama-sama dengan penyanyi Wany Hasrita yang bakal membawa lagu berjudul Belenggu Rindu di majlis berprestij itu tidak lama lagi.