“Allah Hantar Orang Baik Buat Perkara Baik..” – Guna Alasan Sertai Tabligh, Suami Ceraikan Isteri Talak Tiga Lepas Kantoi Curang

Kehidupan

“Allah Hantar Orang Baik Buat Perkara Baik..” – Guna Alasan Sertai Tabligh, Suami Ceraikan Isteri Talak Tiga Lepas Kantoi Curang

Melalui laman media sosial X, tular satu video memaparkan seorang suami kantoi curang dengan wanita lain selepas menggunakan alasan keluar menyertai tabligh.

Konon sertai tabligh

Lebih menyedihkan, si suami tergamak melafazkan cerai talak tiga terhadap isterinya selepas perbuatan ‘busuk’ terbongkar.

Advertisement

Dapat dilihat dalam perkongsiaan di X itu, si suami berkata kepada isterinya mahu keluar menyertai tabligh selama tiga di Air Itam, Pulau Pinang dan meminta isteri mendoakan dirinya serta memberitahu akan mematikan telefon bimbit untuk fokus dalam aktivit keagamaan itu.

Saja la depa (kawan) dok ajak B, jumpa kat masjid baru-baru ni. Mungkin Allah sayang kita, Allah hantar orang-orang baik mai ajak kita buat perkara yang baik.

Kantoi bercuti dengan kekasih gelap

Bagaimanapun, alasan yang dibuat ‘terkantoi’ selepas isteri mendapati si suami keluar dengan wanita lain dan dapat dilihat dalam video tersebut, lelaki terbabit memakai baju t-shirt berwarna berserta seluar pendek, manakala kekasih gelapnya memakai baju paras paha.

Difahamkan, ini bukan kali pertama si suami berlaku curang kerana sepanjang berkahwin selama dua tahun, dia didakwa telah curang sebanyak enam kali.

Alasan lelaki terbabit menggunakan agama sememangnya mendatangkan rasa kurang senang daripada kalanga netizen.

suami marah isteri bersalin czer
3 months ago

"Baik I Kahwin Orang Lain Je!" - Suami Maki Isteri Bersalin Czer, Anggap Rosakkan Badan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...