“Allah Bukan Uji Hang, Tetapi Allah Tengah Uji Aku Sekarang”

Kehidupan

“Allah Bukan Uji Hang, Tetapi Allah Tengah Uji Aku Sekarang”

Tanggungjawab sebagai seorang polis bukannya mudah seperti apa yang kita semua lihat dengan pandangan mata kasar kita sendiri.

Bagi kita, mereka hanya menjalankan tugas untuk menangkap penjenayah yang melakukan kesalahan dan menjaga keamanan negara kita.

Advertisement

Namun kadangkala kita juga pernah memikirkan apakah dugaan ataupun cabaran mereka semasa melaksanakan tugasan yang agak susah dalam kehidupan seharian mereka.

Kadangkala, semasa menjalankan tugasan mereka juga perlu menggunakan hati mereka bagi menguruskan penjenayah bukannya hanya bertindak ganas tanpa menggunakan naluri yang dikurniakan oleh tuhan.

Baru-baru ini seorang anggota polis, Muhammad Azizan di laman Facebooknya, menceritakan kisah mengenai seorang pemuda yang mencuri dua bungkus roti Gardenia di sebuah pasaraya.

Walaupun kisah ini berlaku pada tahun 2010 tetapi ia sangat memberi impak kepada masyarakat atas kebaikan yang dilakukan oleh Timbalan Ketua Balainya sewaktu bekerja di salah sebuah balai polis di Pulau Pinang.

Pada tahun 2010 beliau telah mendapat panggilan untuk mengambil satu tangkapan kes curi di Tesco. Sesampainya di Tesco, kelihatan seorang lelaki Melayu di dalam bilik guard yang ditangkap mencuri 2 bungkusan roti Gardenia.

Tiga kali aku tanya guard itu, takkan nak tangkap juga? Nilai curi tak sampai RM10?

Guard cakap kena tangkap jugak, arahan pihak atasan Tesco. So, bawa jugak la laki tu naik kereta. Dalam kereta aku tanya kenapa curi? Dia cakap tak ada duit nak beli, curi pun untuk bagi anak dia makan kat rumah.

Terkedu aku dengar. Dia cakap lagi, anak dia dah 2 hari tak makan nasi, dia cuma mampu bagi anak dia makan keropok mamee sahaja. Keropok mamee yang harga RM0.20 sebungkus.

Lepas aku dengar, bergenang air mata. Terbayang anak kat rumah.

Sampai kat balai, guard tu dah sampai dulu sekali dengan roti gardenia 2 bungkus, barang curi tu.

Dah depan EO nk buat report kebetulan timbalan ketua balai (AOCS), Sarjan Mejar Sharudin Abu Bakar baru sampai.

Apabila AOCS tahu cerita ni, beliau memaki guard tersebut. Tetapi guard itu tidak boleh berbuat apa-apa dia cuma mengikut arahan pihak atasan sahaja.

AOCS aku suruh call atasan dia datang. Dalam masa 20 minit datang 1 perempuan melayu, incharge guard Tesco itu.

Perempuan tersebut juga kena maki. Selepas dah insaf dimaki, beliau meminta untuk selesaikan kes ini dengan meminta agar lelaki tersebut membayar 10 kali ganda dari harga barang yang beliau curi.

Sarjan Mejar Sharudin Abu Bakar, 60

Apabila AOCS aku dengar, dia terus bayarkan 10 kali ganda nilai roti tersebut.

Setelah selesai urusan tersebut, lelaki tersebut melutut menangis mengucapkan terima kasih kepada AOCS.

AOCS cakap, Sekarang ini Allah bukan uji hang, tapi ALLAH tengah uji aku sekarang, untuk tengok apa aku boleh buat dengan pangkat yang aku ada untuk bantu sama saudara yang tengah susah.

Lelaki tu baru kena buang kerja kilang. Isteri lari, ada anak laki sorang umur 5 tahun. Aocs aku siap bagi duit poket untuk dia survive 2 beranak. Selang berapa bulan lepas tu, laki tu datang balik kat balai, cari AOCS aku, dia kata dah dapat kerja baru, dia nak bayarkan balik apa yg Aocs aku tolong dia dulu. Tapi Aocs aku dah pindah ke balai di Nibong Tebal.

Sampai sekarang aku ingat apa yang AOCS aku pesan kat aku,

kalau nampak org tgh susah, jangan ingat Allah tengah uji orang itu, sebaliknya Allah tengah uji kita, Allah nak tengok apa yang kita boleh buat untuk tolong orang susah tu.

Kadangkala kehidupan kita semua pasti akan diuji oleh tuhan. Kita semua mestilah saling bantu-membantu antara satu sama lain agar kehidupan kita akan terus makmur.

 

Sumber: Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...