Surat terbuka daripada salah seorang anak ND Lala, Syaza Amzah untuk bapanya itu baru-baru ini meraih perhatian ramai orang.
Rata-ratanya sebak membaca luahan Syada terhadap ND Lala yang memilih untuk meninggalkan isteri pertama dan semua anaknya selain tidak dapat dihubungi.
Menerusi ruangan komen ramai memberikan kata positif dan semangat buat Syada, ibu dan semua adik beradiknya dalam mengharungi ujian ini.
Namun, satu komen daripada seorang individu ini bukan sahaja mendapat perhatian netizen tetapi turut dibalas oleh Syada sendiri.
Katanya, apa yang berlaku terhadap keluarga Syada itu adalah kifarah disebabkan sebelum ini dia pernah ‘cakap buruk’ terhadap Sharnaaz Ahmad yang merupakan bekas teman lelaki Shila suatu ketika dulu.
Itu la lain kali jangan duk kata dekat Sharnaaz sebelum ini. Allah balas balik dekat keluarga.”
Syada kemudian membalas komen negatif tersebut dan berkata kifarah itu sememangnya benar namun ujian yang dilalui keluarganya tiada kena mengena dengan aktor berkenaan.
Saya sama sekali tidak akan menarik balik kata-kata saya atau memohon maaf atas apa yang pernah saya cakap dulu demi pertahankan keluarga. Kifarah ini bukan disebabkan apa yang pernah saya katakan kepada dia.”