Pengarah dan penerbit terkenal, A.Aida mengakui kini dia bahagia dengan kehidupannya sebagai ibu tunggal dan juga wanita bekerjaya.
Menurut A.Aida, hatinya masih belum terbuka untuk menerima mana-mana lelaki buat jadi peneman dan pasangan hidup kerana terlalu sibuk dengan kerjaya dan tiada masa untuk mencari kekasih.
Namun begitu, hatinya pernah terdetik rasa sedih apabila melihat teman-teman bahagia bersama pasangan masing-masing tetapi meletakkan segalanya pada takdir Allah S.W.T.
Saya ingat kata mak saya dia cakap tuhan bagi segalanya pada saya tapi bab suami Allah belum bagi lagi lah. Macam saya ada segalanya tapi tuhan tak bagi kat saya seorang suami untuk bimbing saya.
Bagi saya sebenarnya jodoh ajal semua di tangan Allah. Siapa nak kahwin cerai berai, macam saya kan orang tanya asyik kahwin cerai kahwin cerai. Ada ke orang nak seperti tu?
Tambahnya lagi, dia mengharapkan bahagia hingga ke syurga jika ditakdirkan untuk bersuami sekali lagi dan sebagai seorang wanita akan melakukan yang terbaik untuk pasangan.
@melodiberapi Betul, tak ada siapa mendirikan rumahtangga mahukan penceraian.. ? #meloditv3 #penceraian #meloditv3 #panas #tv3 #sensasi #ceritaartismalaysia #fyp?
Sekadar info, A.Aida pernah mendirikan rumah tangga bersama Ameng Spring pada tahun 1994 namun berpisah pada tahun 2003.
Setelah itu, pengarah filem Ratu Kala Jengking itu bernikah dengan dua orang lelaki beruniform sebelum bercerai kedua-duanya.
A. Aida juga pernah membina mahligai bahagia bersama pelakon Ariff Aziz pada 2018 namun berpisah setahun kemudian.