Penyanyi Cinta Muka Buku, Najwa Latif telah memaklumkan dirinya mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah lima minggu.
Najwa atau nama lengkapnya Imratul Najwa Abdul Latif berkongsi berita sedih itu menerusi Instagram akaunnya.
Dia turut meminta maaf kerana tidak dapat dihubungi atas faktor dirinya baru sahaja mengalami keguguran.
Saya ingin memberitahu kepada semua, saya mohon maaf kerana saya tidak boleh bercakap dengan sesiapa sekarang.
Saya mengalami keguguran. Sejujurnya, saya tidak bercadang untuk berkongsi perkara ini kerana ia terasa sangat peribadi untuk saya dan suami.
Walau bagaimanapun, penyanyi itu mengucapkan terima kasih kepada mereka yang tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat dan doa buat dirinya.
Tetapi, saya hargai sangat-sangat semua kata-kata baik anda. Terima kasih kerana memikirkan saya semasa waktu yang sukar ini.
Kalau boleh, izinkan kami bersedih dalam diam. Simpanlah kami dalam doamu. Semoga semua fikiran dan doa anda dikembalikan kepada anda juga. Terima kasih.
Penyanyi itu turut meluahkan rasa syukur kerana diberi kesempatan merasai pengalaman hamil meskipun kandungannya baru berusia lima minggu.
Alhamdulillah, Allah bagi pinjam 5 minggu but see you when i see you bebibu.
View this post on Instagram
Untuk rekod, Najwa mendirikan rumah tangga dengan penyanyi rap, Akwa Arifin pada 11 November 2022 di Batu Pahat, Johor.