Nama pelakon, Mona Allen kini menjadi bualan ramai setelah videonya memaparkan diri tidak bertudung dan hanya memakai hoodie tetapi nampak sebahagian rambut menjadi bualan warganet.
Difahamkan, Mona bersama suami, Pekin Ibrahim dan anak sulung mereka sedang bercuti di Langkawi.
Melalui video tersebut, Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen serta keluarga sedang menaiki kereta kabel dan itu merupakan pengalaman pertama anak lelaki menaikinya.
Biarpun mahu berkongsikan momen bahagia bersama keluarga, netizen mempertikaikan hal lain apabila kelihatan aktres itu hanya memakai hoodie untuk menutup rambut dan kelihatan seperti dia tidak memakai tudung.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan Mona yang sebelum ini pernah bernazar untuk memakai hijab sepenuhnya jika diberi rezeki menimang cahaya mata sendiri.
Sekadar info, Mona Allen dan Pekin Ibrahim mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada Ogos 2022, Petra Pekin.