Baru-baru ini, pelakon Puteri Sarah Liyana memaklumkan dia sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang wanita yang juga seorang pegawai pemasaran yang didakwa telah memfitnahnya di media sosial.
Dalam pengumuman tersebut, wanita yang dikenali sebagai Nazira itu telah menuduhnya mengambil bahan terlarang, menanggung seorang lelaki bernama ‘Andy’ selain mendakwa aktres itu telah menganiaya staf yang berkerja di bawah syarikatnya.
Nazira difahamkan telah disaman fitnah sebanyak RM1 juta serta dituntut untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Puteri Sarah di media sosial kerana telah mencalarkan imejnya sebagai seorang selebriti dan usahawan.
Wanita itu kemudian tampil memberi respon terhadap tuntutan yang dikemukakan Puteri Sarah dan memberi gambaran bahawa Allah S.W.T sentiasa ada dengannya di saat sukar ini.
Allah ada. Jadi tak perlu risau dengan kekalahan hari ini, kemenangan selamanya pasti tiba. Lawan tetap lawan.
Sehingga ke hari ini, Nazira dilihat masih belum melaksanakan tuntutan yang dikemukan Puteri Sarah terutamanya permohonan maaf selain media sosialnya turut dibanjiri komen-komen berbaur kecaman oleh netizen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.