“Bekas rakan kongsi? Saya tidak rasa begitu.”
Begitulah reaksi bekas model, Zahnita Wilson selepas seorang wanita bernama Neysahz tampil mendakwa dirinya pernah menjadi rakan kongsi Zahnita dan menyatakan segala pendedahan yang dibuat aktres itu sebelum ini tidak berlandaskan kebenaran.
Namun begitu, Zahnita yang kini berusia 40 tahun dan mempunyai nama penuh Zahnita Dorothy Hussein Wilson, memilih untuk tidak mengulas lanjut sebaliknya meminta agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.
“Doakan baik-baik sahajalah,” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! Online.
Apabila ditanya mengenai perasaannya setelah mengetahui kenyataan yang dibuat oleh Neysahz, Zahnita tidak mahu mengambil peduli dan menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan Ilahi.
“Rasa mcm biarlah dia. Allah ada,” balasnya ringkas.
Tidak lama kemudian, Zahnita memohon diri daripada perbualan kerana sibuk menguruskan tempahan pai yang semakin bertambah.
Maaf ya, saya akan hubungi awak kemudian. Order tengah banyak masuk, alhamdulillah.
Pada hari sebelumnya, Neysahz tampil bersuara dan mendakwa pelbagai perkara yang berlaku kelihatan tidak masuk akal sehingga menyebabkan dia mengambil keputusan untuk mengundurkan diri sebagai rakan kongsi beberapa bulan lepas.
Dia turut menuduh bahawa segala perkongsian Zahnita mengenai masalah peribadi yang disampaikan kepada umum adalah tidak benar.
Untuk rekod, pada 2 Disember tahun lalu, Zahnita memuat naik gambar mata lebam di Instagram dan mendakwa dipukul suami serta suaminya curang.
Susulan itu, Zackery didakwa di mahkamah atas kesalahan mencederakan isteri dan penyalahgunaan dadah. Zahnita kemudian memfailkan cerai pada 3 Disember akibat tidak tahan menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.