“All Time Biggest Record..” – Pelanggan Bayar RM218 Untuk Nasi Kandar, Habis Licin Dalam Masa 7 Minit

Trending

“All Time Biggest Record..” – Pelanggan Bayar RM218 Untuk Nasi Kandar, Habis Licin Dalam Masa 7 Minit

Tular di media sosial seorang lelaki yang membayar RM218 bagi menikmati antara makanan yang paling popular di Pulau Pinang iaitu nasi kandar.

Pecah rekod

Hantaran tersebut dikongsikan di laman Facebook Nasi Kandar Sulaiman pada hari Sabtu. Menurut mereka, harga tersebut telah memecah rekod kedai itu. Hantaran berkenaan juga disertakan dengan gambar pelanggan tersebut dengan sepinggan nasi kandar yang dipenuhi lauk.

Advertisement

RM218. Pecah rekod. All time biggest record. Seorang makan sampai RM200. Fuh saya sendiri tak sangka.

Habis dalam 7 minit

Bukan itu sahaja, menurut perkongsian yang sama, difahamkan lelaki tersebut telah memesan belasan undang dan sotong, sebiji telur masin, telur sotong serta dua ketul ayam untuk dijamah dengan sepinggan nasi panas yang dibanjiri kuah kari.

Lagi mengejutkan apabila pelanggan ini berjaya menghabiskan hidangan ratusan ringgit ini sehingga licin dalam masa 7 minit sahaja.

Terdahulu, Restoran Nasi Kandar Sulaiman ini pernah viral di merata tempat hinggakan para pelanggan sanggup beratur panjang demi merasai hidangan restoran popular di Pulau Pinang ini.

BACA: (VIDEO) Rasa Loya Aku Nak Makan Jijik! Pekerja Restoran Nasi Kandar Buat Kerja Sambil Pakai Spender Je!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...