Aliran Trafik Di Lebuh Raya Dijangka Mula Meningkat Menjelang Jumaat Ini

Trending

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Dijangka Mula Meningkat Menjelang Jumaat Ini

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang mula berkuatkuasa hari ini menyaksikan orang ramai kini begitu semangat untuk pulang ke kampung. Selepas tiga bulan menjalani PKP, kini orang ramai dibenarkan untuk merentas negeri mulai hari ini.

Susulan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan aliran trafik di lebuh raya dan jalan-jalan utama akan meningkat mulai Jumaat ini sehingga Ahad. Walaupun kelonggaran diberikan kali ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan orang ramai untuk mematuhi SOP yang ditetapkan.

Advertisement

PDRM kini telah menarik balik semua sekatan jalan raya kecuali di kawasan-kawasan yang digunakan oleh pendatang asing untuk memasuki negara seperti di kawasan pantai. Beliau turut meminta pengguna lebuh raya supaya mematuhi SOP ketika menggunakan kemudahan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R).

Aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2 dijangka melonjak hingga 15 peratus.

lebuh raya

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik memberitahu jangkaan lonjakan trafik itu berikutan orang ramai mengambil peluang untuk pulang ke kampung masing-masing susulan kelonggaran perjalanan rentas negeri diberikan kerajaan sepanjang PKPP.

“Kita jangkakan kemasukan ini dari Pantai Barat yang menggunakan LPT 1 dan LPT 2 untuk ke Kelantan dan Terengganu terutama pada hujung minggu untuk pulang ke kampung masing-masing.”

Pada hari terakhir PKPB semalam, menyaksikan sebanyak 292,179 kenderaan diperiksa berbanding 188,804 pada hari sebelumnya. PDRM turut menahan 26 individu yang melanggar arahan PKPB termasuk 25 daripada mereka direman sementara seorang lagi dibebaskan dengan jaminan polis.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber: (1), (2)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...