Alih & Potong Kawat Duri Di Kawasan PKPD, Individu Ditahan Polis

Trending

Alih & Potong Kawat Duri Di Kawasan PKPD, Individu Ditahan Polis

Seorang lelaki ditahan selepas mengaku merosakkan kawat duri yang dipasang di Kampung Kutan Tengah, di sini, yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Suspek berusia 38 tahun tersebut telah ditahan pihak berkuasa pada jam 7 malam semalam sebaik ternampak kelibatnya yang bermotosikal ingin melalui lorong tikus itu.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud, berkata lelaki itu yang dilihat mencurigakan itu ditahan pasukan pemantau yang sedang menjalankan penugasan di sekitar lokasi terbabit.

Advertisement

“Suspek juga mengaku mengalihkan dan memijak gelung kawat duri yang diletakkan di tali air dan sudah beberapa kali melakukan pergerakan keluar masuk ke kawasan kampung berkenaan”

Bukan itu sahaja, lelaki itu memberi alasan mahu berulang-alik dari rumah ibunya yang berada dalam kawasan PKPD ke rumah sewanya di luar lokaliti itu.

Ab Rashid berkata, hasil ujian saringan yang dibuat mendapati suspek positif methampethamine dan memiliki sembilan rekod jenayah lampau.

Beliau berkata, lelaki itu ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (KK) atas perbuatan khianat, Seksyen 269 dan Peraturan 6 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Jika diteliti, terdapat kesan pijakan dan kawat duri itu dipotong menggunakan alat khas bagi membolehkan individu tidak bertanggungjawab itu melakukan pergerakan keluar masuk.

Pihak polis juga kini masih mempergiatkan kawalan dan rondaan dan bermula semalam sudah menambah keanggotaan menjadikan 60 anggota masing-masing di dua PKPD termasuk Kampung Ketil, Mukim Pangkalan Kubor.

Sehingga kini juga, sebanyak 297 kompaun sudah dikenakan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) mengikut Akta 342.

Advertisement

Sama-samalah kita jaga kita ya.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...