Susulan kontroversi video sedang bergaduh dan juga tersebarnya beberapa foto tubuh penyanyi Aliff Aziz dipenuhi dengan ukiran tatu, bekas isterinya Bella Astillah tampil menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.
Bella melalui tulisan di akaun Instagramnya memberitahu Aliff telah dianiaya dengan orang yang baru sahaja dikenalinya.
Tidak dinafikan, Bella sedih dan tidak menahan sebak atas nasib yang menimpa bekas suaminya itu ketika menghubungi Aliff. Difahamkan, Aliff sedang tertekan dan kemurungan.
Dalam pada itu, Bella berkata dia tidak menyimpan dendam dan sudah pun memaafkan segala kesalahan Aliff kepadanya. Bella menasihati netizen tidak meremehkan hal berkenaan depresi yang mungkin sedang dihadapi oleh bekas suaminya itu.
Malah, Bella juga berharap netizen dapat membantu Aliff dan mendoakan yang baik-baik sahaja buatnya. Berikan sedikit ruang agar dia dapat mencari ketenangan.