January 22nd, 2020

Selepas dikritik cuba meraih perhatian dan mengaut keuntungan daripada kisah keperitan hidup Puteri Balqis sehingga menjejaskan kehidupan pelakon cilik itu dan  a sibuk “korek” pelbagai cerita, Datuk Seri Aliff Syukri tampil memberikan responya.

aliff syukri tidak ikhlas bantu puteri balqis

Menurut Aliff, dia sedikit pun tidak kisah dengan beberapa pihak yang mempertikai niatnya membantu Balqis. Dia tampil menghulurkan sumbangan selepas mengetahui tentang kesukaran hidup Balqis dan ibunya yang viral.

Bila kita bantu orang kata ambil kesempatan, kalau tak bantu orang tanya pula kenapa tak bantu. Biarlah orang nak kata apa pun! Saya hanya membantu orang yang dalam kesusahan.

hattan aliff syukri

 

Secara jujurnya, Balqis pernah mesej peribadi (DM) di Instagram dua tahun lalu tapi kami tak perasan dia DM minta bantuan, cumanya apabila kisahnya dipaparkan dalam program Bersamamu, barulah kita tahu dia pernah mesej kita.

Jadi kami follow up untuk beri sumbangan, kita tak nak tahu cerita disebalik keluarganya, kita hanya datang untuk bagi sumbangan dan bantu apa yang perlu.

aliff syukri puteri balqis

Aliff bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sumbangan yang diberikannya kepada Balqis.

Terdahulu, ada netizen dan beberapa selebriti kurang senang dengan tindakan Aliff yang didakwa mengambil kesempatan terhadap kisah hidup Balqis untuk buat duit. Menurut mereka, jika kita ingin bersedekah tidak perlu canang satu dunia atau mengajukan pelbagai soalan kepada orang yang kita ingin berikan wang sedekah. Ia hanya menimbulkan salah faham.

Sumber Berita : mStar Online


9 responses to “Aliff Syukri Tidak Kisah Niat Bantu Puteri Balqis Dipertikai”

  1. unknown says:

    ikhlas x ikhlas hanya Allah je yg tau.. ye la baru dapat pulangan.. silap2 lebih dari yg diderma.. manusia jenis nih mn kisah dengan kritikan.. yg penting what i give i’ll get back.. muahahahah

  2. Anonymous says:

    to be honest ,dia blh dpt balik jumlah yg dia derma dgn hasil youtube video ni

  3. Ain ziqry says:

    Sebab tu kite seeloknya bersedekah senyap2 tanpa orang tahu. Kembali pd ajaran islam yg sebenarnya. Islam suruh kite bsedekah tanpa hebohkan, sebab nnt takot timbul riak. Niat nak bantu tu dah elok tp cara tu kurang sesuai. Apa2 pom semoga adik aqish cepat sembuh, rindu nak tgok adik berlakon.

  4. Husnozoon says:

    Thank u datuk aliff sbb tanya soalan mcmtu pada puteri.. kalau x tanya, tak tahu niat sebenar sumbangan yg kami beri itu utk tujuan apa..pedulikan apa yg org lain nak pertikai..thank u..ada talent jd wartawan melodi..

  5. Anonymous says:

    Bukan masalah bantu tak bantu, yang masalahnya ko riak, nak Bantu senyap sudah, bukan post nak tunjuk sane sini,

Loading...