Aliff Syukri Tak Kisah Dikecam, Asalkan ‘Lala Raya’ Trending No.1 Di Malaysia

Hiburan

Aliff Syukri Tak Kisah Dikecam, Asalkan ‘Lala Raya’ Trending No.1 Di Malaysia

Usahawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri tidak menyangka lagu raya nya, Lala Raya akan mendapat perhatian orang ramai dan mampu mencapai 1.4 juta penonton dalam masa satu minggu sahaja.

Aliff Syukri
4 years ago

Lagu Raya 'Lala Raya' Trending, Aliff Syukri Hairan, Zizan Razak Puji Vokal Setaraf Artis Antarabangsa

Advertisement

Walaupun mendapat kecaman daripada sesetengah netizen, namun Aliff Syukri tidak mengambil kisah dengan kritikan-kritikan yang diterima.

datuk aliff syukri

Lagu raya Datuk Aliff Syukri iaitu Lala Raya mendapat 1.4 juta penonton dalam masa satu minggu.

Katanya ketika ditemubual oleh Kosmo Online,

Saya bukan penyanyi profesional, saya hanya mahu jadi seorang penghibur. Mereka yang kutuk-kutuk saya tetap menonton video muzik tersebut sehingga berjaya cecah satu juta tontonan.

Biarlah nak kecam atau kutuk, asalkan orang sudah pilih lagu raya dan saya sendiri sebagai penyanyi nombor satu dalam Malaysia.

Tambahnya lagi, kerana populariti Lala Raya, beliau telah menerima tawaran menjadi duta kepada sebuah jenama kerusi urut iaitu Gintell Malaysia.

Sebelum ini juga, Aliff Syukri pernah dikecam dengan netizen kerana nyanyiannya dalam lagu Bobo Dimana dan Abang Nak Tegur.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...