February 5th, 2020

Bukan sahaja dikenali sebagai jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri juga begitu gigih untuk bergelar pelakon, penyanyi dan seorang Youtuber. Macam-macam cara yang dilakukan untuk membuatkan dirinya terus menjadi perhatian ramai dan meraih populariti.

aliff syukri ame2020

Bagaimanapun, agak mengejutkan apabila namanya langsung tidak tercalon dalam mana-mana kategori dalam Anugerah MeleTOP ERA 2020 (AME 2020).

Aliff mengakui dia  agak terkilan dan pada masa yang sama keliru mengapa dia tiada dalam pencalonan anugerah itu pada tahun ini.

aliff syukri tidak tercalon ame 2020

Semua orang kenal keluarga saya dan masih relevan dalam industri tetapi saya tak boleh puaskan hati semua orang.

Sudah tentu saya terasa dan sedih, orang lain (yang tercalon) itu terkenal ke? Tetapi saya akui, saya tak boleh memaksa mana-mana pihak sebab siapalah saya? Saya rasa kurang adil tapi apakan daya takkan saya nak meraih simpati pula.

aliff syukri

Tahun lalu,  anak keempatnya Yusoff Al Qardawi memenangi kategori Si Cilik Meletop. Mungkin tiada rezeki untuk Aliff tercalon di AME 2020 pada tahun ini, bagilah peluang untuk orang lain pula menang dalam kategori yang dipertandingkan.

Sumber Berita : Astro Gempak


7 responses to “Aliff Syukri Sentap Tidak Tercalon Dalam AME 2020”

  1. Anonymous says:

    Geli tgk gambar alip bukak baju tu

  2. amoi pekan lama says:

    palat laa ko ni alip….dasar attention seeker

  3. peace yo says:

    adui ini alip really attention seeker betul, biar youtuber tu kasi org2 muda baru nak up, semua benda kau nak rilex lah bro, allah dah kasi kau rezeki melimpah ruah apa lagi yg kau x puas, anak pun dah 5, x perlu lah nak masuk dlm dis industri, just concentrate on your business dan keluarga. Allah itu nak menguji makhluk dia mcm cara, sama seperti kwn baik anda yg berada di sana,

  4. ain suzana says:

    attention seeker

  5. Anonymous says:

    Aliff …its ok …boleh cuba terjun KLCC ….

Loading...