Aliff Syukri Sentap Tidak Tercalon Dalam AME 2020

Hiburan

Aliff Syukri Sentap Tidak Tercalon Dalam AME 2020

Bukan sahaja dikenali sebagai jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri juga begitu gigih untuk bergelar pelakon, penyanyi dan seorang Youtuber. Macam-macam cara yang dilakukan untuk membuatkan dirinya terus menjadi perhatian ramai dan meraih populariti.

aliff syukri ame2020

Advertisement

Bagaimanapun, agak mengejutkan apabila namanya langsung tidak tercalon dalam mana-mana kategori dalam Anugerah MeleTOP ERA 2020 (AME 2020).

Aliff mengakui dia  agak terkilan dan pada masa yang sama keliru mengapa dia tiada dalam pencalonan anugerah itu pada tahun ini.

aliff syukri tidak tercalon ame 2020

Semua orang kenal keluarga saya dan masih relevan dalam industri tetapi saya tak boleh puaskan hati semua orang.

Sudah tentu saya terasa dan sedih, orang lain (yang tercalon) itu terkenal ke? Tetapi saya akui, saya tak boleh memaksa mana-mana pihak sebab siapalah saya? Saya rasa kurang adil tapi apakan daya takkan saya nak meraih simpati pula.

aliff syukri

Tahun lalu,  anak keempatnya Yusoff Al Qardawi memenangi kategori Si Cilik Meletop. Mungkin tiada rezeki untuk Aliff tercalon di AME 2020 pada tahun ini, bagilah peluang untuk orang lain pula menang dalam kategori yang dipertandingkan.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...