Aliff Syukri Pancing Ikan Kolam Depan Rumah, Netizen Tampil Kongsi Menu Resipi Ikan Talapia

Hiburan

Aliff Syukri Pancing Ikan Kolam Depan Rumah, Netizen Tampil Kongsi Menu Resipi Ikan Talapia

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini ada berkongsikan aktiviti harian bersama isteri dan anak-anaknya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan kali kedua (PKP 2.0) yang dilaksanakan kini serta sekian lama sibuk mengendalikan perniagaan.

Aliff Syukri ShahidaSumber : Instagram Aliff Syukri  

Dia yang mengemaskini akaun media sosial Instagramnnya dilihat sedang melakukan aktiviti memancing di kolam yang berada di hadapan rumahnya ditemani isteri dan anak-anak.

Advertisement

Yang menarik perhatiannya adalah apabila Aliff Syukri turut sempat bertanyakan pengikut serta peminat akaun Instagramnya mengenai menu yang sesuai untuk disediakan bersama ikan Talapia.

“Nak makan ikan ni tak sampai hati, kalau nak masak ikan ni masak apa sedap. hari ini saya dapat meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak abang. Setelah sekian lama sibuk bekerja. Dan tak sangka hasil belaan ikan saya sangat besar. Terkejut @yusoffalqardawii_terlajaklaris tengok.”

Dalam video tersebut, Aliff juga mendedahkan bahawa beberapa ekor ikan jenis Arapaima yang dibelanya mati setelah melompat keluar daripada kolam.

Menurut isterinya, Datin Seri Nur Shahida, ikan-ikan tersebut bertindak untuk melompat ke atas apabila tiba waktu tengah malam dan hanya disedari keesokan paginya. Sehubungan itu, usaha meletakkan jaring sudah pun dibuat bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Meninjau ruangan komen, gelagat anak beranak ini ternyata telah mencuit perhatian netizen dan rata-rata pengikut tampil berkongsikan menu resipi untuk dimasak bersama ikan Talapia belaan pengusaha kosmetik itu.

Aliff yang kini mempunyai saluran Youtube-nya tersendiri sering memuat naik video-video aktiviti serta perkembangan hidupnya bersama keluarga untuk tatapan peminat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Aliff Syukri

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...