Kali pertama berlakon dalam filem Badang yang sudah ditayangkan di pawagam beberapa hari lalu, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi menerima pelbagai kecaman yang mengatakan beliau tidak sesuai membawakan watak Badang yang terkenal sebagai pahlawan gagah perkasa.
Perwatakan Aliff yang semula jadi agak “lembut” membuatkan babak berlawan dalam filem tersebut agak tidak menjadi.
Menerusi akaun Instagramnya, Aliff meluahkan rasa kecewa dengan segala kritikan baik daripada segi jalan cerita dan bakat lakonannya. Beliau meminta orang ramai untuk menghargai bakatnya.
Walaubagaimanapun, beliau sempat mengucapkan terima kasih dan bersyukur kerana masih ada juga yang menghargai filem tempatan dan memberikan respon positif terhadapnya.