Aliff Syukri Nafi “Demand”, Terima Bayaran Sama Seperti Pelakon Baharu

Hiburan

Aliff Syukri Nafi “Demand”, Terima Bayaran Sama Seperti Pelakon Baharu

Walaupun bergelar jutawan, Datuk Seri Aliff Syukri yang kini aktif dalam bidang lakonan tidak meletakkan bayaran tinggi seperti yang didakwa oleh beberapa pihak.

Advertisement

Aliff sedar beliau tidak mempunyai sebarang pengalaman dan masih banyak lagi perkara yang beliau harus belajar untuk menjadi seorang pelakon.

Saya berlakon suka-suka sahaja tapi banyak pula tawaran. Saya tidak boleh ambil semua kerana tiada masa yang banyak untuk itu.  Bayaran saya untuk berlakon tidak banyak macam pelakon baru dapat. Dalam RM1,000 lebih sahaja untuk satu drama atau satu episod.

Setakat ini Aliff sudah membintangi beberapa drama komedi dan khabarnya bakal muncul dengan filem terbaru gandingan bersama pelakon mantap Fasha Sandha pada bulan depan. Meskipun sering dikritik dan dikecam, rezeki Aliff semakin murah, daripada penjual kosmetik dan jamu siapa sangka beliau berpeluang menjadi pelakon pula.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...