Dikecam teruk daripada setiap sudut atas kelancangan kata-katanya menggelar seorang perempuan ‘hodoh’ untuk dijadikan testimoni produk pemutih kulitnya, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya memuat naik satu video penjelasan berkaitan insiden kontroversi yang berlaku di GV 5 hujung minggu lalu.
Semua yang berlaku sudah dirancang terlebih dahulu, bahkan wanita itu juga mengakui beliau telah bersetuju untuk dijadikan model agar Aliff dapat membuat ‘demo’ produknya itu bagi tujuan pemasaran. Mereka berdua tidak mempunyai sebarang masalah langsung mahupun timbul isu kecil hati.
Terdahulu, bukan sahaja netizen tetapi ramai juga selebriti menyuarakan pendapat serta menegur tindakan Aliff itu yang salah dan agak melampau. Tidak perlu untuk menghina rupa paras mahupun warna kulit seseorang hanya untuk mempromosikan sesuatu produk. Gunalah cara yang lebih berhemah.