Baru-baru ini, melalui platform TikTok, tular klip video memaparkan usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri dan anak lelakinya, Ammar Ahyan melakukan penjualan di live TikTok.
Aliff Syukri minta anak ulas isu ‘telur masam’
Dalam video tersebut, Aliff secara tiba-tiba mahu mengulas isu yang kini sedang viral di platform media sosial susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh usahawan dessert, Kieda Crepe iaitu ‘telur masam’.
Apa komen Ammar mengenai ‘telur masam’? Tak apa lah abah jawab boleh?
@dherbsofficial_ Podcast suami telur masam 🤣 Korang tau tak cerita ni? HAHAHAHA #anakabah #anakmama #datoaliffsyukri ♬ original sound – Dherbs Official HQ
Biarpun tidak henti-henti meminta anak lelakinya mengulas mengenai hal tersebut, Ammar dilihat kurang selesa untuk menjawab pertanyaan Aliff.
Jawapan matang Ammar raih pujian netizen
Malah, jawapan matang yang Ammar berikan kepada bapanya juga menjadi perhatian ramai.
Sekarang ni dunia tengah sibuk ada peperangan Iran tapi rakyat Malaysia tengah sibuk pasal suami orang ‘telur masam’ ke tak.
Jawapan yang diberikan oleh anak lelaki Aliff Syukri itu raih pujian ramai dan rata-rata netizen merasakan adab Ammar patut dicontohi ramai.