Umum mengetahui bahawa Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Shahida baru sahaja menimang cahaya mata baru kelmarin di sebuah hospital swasta.
Walaupun ramai yang berteka-teki mengenai jantina bayi tersebut tetapi keluarga usahawan itu sendiri telah kunci rapat mulut mereka. Ada yang kata jantina perempuan kerana Bonda Rozita ada memuat naik gambar cucunya itu di laman Instagram tetapi tidak pastilah kesahihannya.
Selain itu, sebuah akaun Instagram dengan nama @anakbongsuterlajaklaris telah meraih lebih 17,000 pengikut dalam sekelip mata kerana ramai yang menebak bahawa laman itu milik anak bongsu pasangan Aliff dan Shahida.
Tetapi Aliff Syukri menerusi laman Facebooknya tampil dan menafikan dakwaan bahawa akaun Instagram itu adalah untuk cahaya mata barunya. Bahkan dia meminta semua orang menantikan wajah anaknya secara rasmi menerusi saluran Youtube ‘TV Terlajak Laris’.
Bengang kerana menggunakan nama anaknya itu, Aliff bagi amaran supaya tidak melampau agar tidak disaman olehnya.
Sama-samalah kita saksikan wajah anak kelima Aliff Syukri dan isterinya nanti!