Kemelut politik yang melanda mengejutkan ramai dan rakyat kini gelisah ingin mengetahui siapa bakal peneraju negara di masa akan datang. Dalam kekalutan isu panas politik, Datuk Seri Aliff Syukri tidak ketinggalan untuk meluahkan pendapatnya.
Menerusi akaun Facebook, Aliff turut bertanya adakah netizen mahu dia membuat liputan temu bual bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi merungkai segala persoalan rakyat ketika ini.
Aliff juga bertanya kepada orang ramai cara untuk dia menghubungi dua tokoh politik tersebut bagi merealisasikan hasratnya itu.
Seperti yang dijangka, status berkenaan pasti menerima pelbagai reaksi dan rata-rata netizen meminta agar usahawan kosmetik itu tidak perlu mencampuri urusan politik atau mencari publisiti murahan.
Fokus sahaja kepada dunia perniagaan dan tidak perlu untuk cuba menjadi ‘wartawan tidak bertauliah’ pula.
Terdahulu, sesetengah pihak menganggap Aliff ini sebagai penyelamat kerana berjaya mengorek rahsia yang ramai tidak tahu mengenai kemelut antara balu arwah Abam dan Ali Puteh. Namun, tindakannya itu sebenarnya dilihat seakan memburukkan keadaan apabila bertanya soalan sensitif.

Anonymous
February 29, 2020 at 10:30 am
Aduhhhhhai…
Semua dia nk masuk campur…hal2 negara x perlu lh dato..jaga bisnes n keluarga dato dhlah..xyah menyibuk lg..lan jd lain pulak kang….
unknown
February 27, 2020 at 10:34 am
bila wife xde depan mata jadik biol mamat nih
Anonymous
February 27, 2020 at 7:44 am
x perlula nak menyibuk biarla masalah politik terjawap dahulu …baik focus kerja yang sedia ada …datooo
Anonymous
February 26, 2020 at 2:07 pm
puan rozita, sebagai ibu tolong la tegur anak tu.
jgn nak mentololkan diri dia x kena tempat.
Anonymous
February 26, 2020 at 2:05 pm
bila nak pupus mamat nie?