Aliff Syukri Kentut ‘Bersepah’ Waktu ‘Live’, Netizen Tanya Semua Suami Perangai Sama Ke? – “1 Malaysia Tahu Irama Kentut Kau”

Trending

Aliff Syukri Kentut ‘Bersepah’ Waktu ‘Live’, Netizen Tanya Semua Suami Perangai Sama Ke? – “1 Malaysia Tahu Irama Kentut Kau”

Selain gemar mengusik dan menyakat anak sulungnya, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri juga cukup dikenali dalam kalangan pengikutnya dengan perangai suka kentut ‘bersepah’.

Sudah beberapa kali usahawan tersebut selamba melepaskan angin ketika sedang bersiaran langsung di TikTok dan ramai turut berasa terhibur dengan sikap spontan Aliff Syukri.

Advertisement

Sebelum ini, netizen tertawa dengan reaksi anak sulungnya, Ammar Ahyan apabila bapanya selama kentut ketika ‘live’ namun kali ini giliran Bonda Rozita pula terkejut dengan kelakuan anak lelakinya.

Menerusi video yang tular di TikTok, dua beranak itu sedang bercakap dalam sesi siaran langsung dan turut berada di situ adalah Datin Shahida dan anak mereka, Raudah Arshiyah.

Ketika Bonda Rozita sedang bercakap Aliff Syukri tiba-tiba kentut dan reaksi ibunya yang terkejut membuatkan usahawan itu terhibur.

Melihat dari raut wajah Aliff nampak seperti dia memang sengaja mahu melihat reaksi ibunya apabila dia kentut ketika siaran langsung.

Ramai netizen terhibur dengan gelagat keluarga tersebut dan rata-ratanya berkata video tersebut menjadi bukti bahawa bukan Ammar Ahyan yang kentut ketika ‘live’ sebelum ini seperti dituduh Aliff.

komen netizen komen netizen komen netizen

Dalam pada itu, ramai yang turut berseloroh dan bertanya jika semua lelaki bergelar suami mempunyai perangai yang sama iaitu kentut kuat dan ‘bersepah’.

Aku pun tak faham asal lelaki ni bila kentut bunyi tercirit sekali eh.

komen netizen komen netizen komen netizen komen netizen komen netizen

Aliff Syukri usik Ammar Ahyan dan Cik B
1 week ago

"Terima Kasih Cik B, Bakal Menantu Papa" - 'Berkenan' Dengan Anak Dato Vida, Ramai Terhibur Aliff Syukri Sakat Ammar Ahyan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...