Aliff Syukri Kecewa Disaman Abdul Kadir, Anggap Ujian Dalam Mencari Rezeki Halal – ” Ini Balasan Yang Saya Dapat”

Kehidupan

Aliff Syukri Kecewa Disaman Abdul Kadir, Anggap Ujian Dalam Mencari Rezeki Halal – ” Ini Balasan Yang Saya Dapat”

Usahawan sensasi, Aliff Syukri meluahkan rasa kecewa selepas dimaklumkan bahawa dirinya disaman oleh bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Menurut Aliff, beliau amat memandang tinggi Abdul Kadir dan tidak menyangka sepanjang usahanya mencari rezeki yang halal, perkara itu berakhir dengan tindakan saman terhadap dirinya.

Advertisement

“Saya terkejut dengan apa yang berlaku kerana selama saya cari duit rezeki yang halal, ini balasan yang saya dapat.

“Saya menggagumi dan menghormati Abdul Kadir sebagai orang yang lebih berusia dan bekas ahli politik,” katanya kepada Gempak.

Bagaimanapun, Aliff menegaskan bahawa beliau tidak akan goyah dengan tindakan saman tersebut dan memilih untuk terus mempertahankan dirinya serta berjuang menuntut hutang yang didakwa melibatkan bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu.

Aliff Syukri Tuduh TS Sheikh Abdul Kadir Kaki Botol Dan ‘Samseng Hollywood’, Berdepan Saman RM70 Juta

“Namun, jika ini takdir yang saya perlu lalui, saya akan terus berjuang. Berani kerana benar dan saya reda,” ujarnya.

Terdahulu, Abdul Kadir memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau mendakwa telah difitnah oleh Aliff Syukri Kamaruzaman yang menggambarkannya sebagai samseng Hollywood, ‘kaki botol’ dan ‘kaki perempuan’.

Dalam prosiding tersebut, Abdul Kadir mendakwa Aliff selaku defendan telah menyunting gambarnya dengan memaparkan beliau duduk di sebelah seorang penyanyi terkenal serta segelas arak ketika menghadiri Anugerah Perniagaan Terbaik Malaysia pada 23 Julai 2023.

Abdul Kadir turut menafikan dakwaan berhubung hutang yang diperkatakan, sebaliknya menjelaskan bahawa wang berkenaan dianggap sebagai pelaburan untuk projek mega dan bukannya pinjaman peribadi.

Kes tersebut masih dalam proses perbicaraan dan terus menjadi perhatian ramai berikutan melibatkan dua figura terkenal dari latar belakang berbeza.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-01-07 13:35:31

Aliff Syukri Tuduh TS Sheikh Abdul Kadir Kaki Botol Dan 'Samseng Hollywood', Berdepan Saman RM70 Juta

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...