Menerima kecaman teruk daripada netizen gara-gara memuat naik video TikTok menari sakan dengan beberapa orang model luar negara ketika isterinya sedang menunaikan umrah, Datuk Seri Aliff Syukri seperti biasa tampil memohon maaf kepada semua pihak.
Berkongsi perbualan beliau bersama isterinya di WhatsApp, Aliff yang bakal muncul dengan single terbaru berjanji kali ini beliau tidak akan menghasilkan sebarang muzik video kontroversi dengan tarian seksi dan mengghairahkan.
Menurutnya, beliau mahu menjaga kualiti video kerana memasang impian untuk memasuki pertandingan lagu yang berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu.
Ada yang meminta Aliff untuk memadam video beliau bergelek sakan dengan model-model berkenaan agar tidak lagi mengundang fitnah. Namun, ada juga yang sudah menyampah dengan permohonan maaf Aliff yang tiada kesudahannya dan menganggap ia hanya sekadar ‘marketing’ murahan.
Pada mereka, Aliff tidak perlu terlalu asyik dengan dunia hiburan dan lebih baik fokus kepada perniagaan beliau sahaja.
abang jatt
November 16, 2018 at 11:37 am
cuma nak ckp pasni x yah sibuk nak menyanyi, buat mv…focus pada business jer
Sabri Ali @ Nick
November 16, 2018 at 7:40 pm
SETUJU! SEMUA LAGU DIA SAMPAH BELAKA!!
Anonymous
November 16, 2018 at 11:13 am
boleh percaya ke ni? kri..kri…
unknown
November 16, 2018 at 11:00 am
as expected.. wife die redha ke tgk die menari dengan girls seksi mcm tu.. pelik ak.. x malu @ segan ngan anak2 ke.. their kids r growing up.. x riso ke anak ikut jejak langkah ayah die.. ak plak yg risau
Alloya
November 16, 2018 at 10:48 am
Benda dh berlaku, perkataan ini jelh yg sesuai, sampailh dia mati baru perkataan minta maaf tu habis..sekian
gg
November 16, 2018 at 10:45 am
bosan la gn kau ni aliff.. bpe puluh kali janji dah kau buat tp ending die still sama je.. janji, mntk maaf, jnji mntk maaf tu jela keje kau ulang2..
menyampah
November 16, 2018 at 2:21 pm
buat hal, pastu minta maaf balik. then buat benda baik. senyap. then muncul balik. buat hal tak senonoh. buat lagu ntah apa2. pastu minta maaf. tu je laa keje dia…