March 18th, 2020

Sejak kebelakangan ini nama usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri menjadi perhatian ramai ekoran beberapa kontroversi melanda dirinya. Tindakannya itu turut mendapat perhatian ibunya, Bonda Rozita Ibrahim yang membuat teguran secara terbuka kepadanya, meminta agar anaknya itu menjaga maruah keluarga dan jangan terlalu gilakan publisiti membuat perkara yang hanya dikecam masyarakat.

aliff syukri

Susulan itu, Aliff berjanji untuk tidak bersikap riak di laman sosial dan dia juga mengakui sudah meminta ampun dan maaf kepada ibunya.

Saya sudah berjumpa bonda dan berkongsi video di IG. Cuma, apa yang dimuat naik itu adalalah rakaman semula. Sebelum itu, adalah dia mengamuk dan bising. Sama juga saya.

View this post on Instagram

. . Saya sayang ..saya janji x buat vidio yg mak x suka lagi lepas ni…..terima kasih syg saya kri dr dulu sampai skrg..sy tau knp Mak selalu tegur saya sbb syg kri.. i love u mak sampai syurga @bondarozitaibrahim Biar apa orang mengutuk dan mengecam saya yang penting keluarga saya tahu siapa saya dan saya minta restu mak saya dan saya tak nak bagi mak saya marah lebih baik saya mengalah.. . . cer komen jujur vokal live suara abg sedap tak?? ni bukan auto tune yee🙏🏻🙏🏻 jujur . . lagu ini akan sy relase esok jumaat jam 12 tghri ini nantikan.. di youtube tv terlajak laris .. jgn lupa dengar kemerduan suara kebanggaan dunia

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Namun, ia tidak dikongsikan. Saya tunjuk yang gembira saja. Sebab, tidak mahu orang akan bercerita lebih buruk. Bagi saya, macam mana jahat sekali pun mak kita, dia tetap mak kita. Dalam kes saya, bukan nak kata mak saya jahat.

Jadi, saya sudah minta maaf dan ampun daripadanya. Saya juga berjanji takkan riak dan akan dengar cakap.

aliff syukri janji tak mahu riakAliff juga menegaskan dia tidak gila atau sakit mental seperti yang didakwa oleh netizen. Namun, dia mengakui ada berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan ketenangan kerana tertekan dengan masalah pekerja dan hal lain.

Sumber Berita : Harian Metro


10 responses to “Aliff Syukri Insaf, Janji Tak Mahu Riak Di Media Sosial”

  1. Anonymous says:

    Abaikan terus….lagi kita follow lagi depa syok upload segala bagai..utamakan hal yg penting utk kehidupan dan akhirat

  2. Aneesha Omar says:

    janji akan.tinggal selepas ini,tengoklah nanti

  3. Mat Katang says:

    aku agak dah. mula2 mak buat video.
    lepas tu dia buat video dia sedih.
    last2 buat video mintak maaf.

    ko tgk nnt dia buat video untuk bini dia pulak.
    konfem

  4. Anonymous says:

    I dah mula bosan asik baca cerita dia..

  5. Ada2Saja says:

    mari kita tengok berapa lama di boleh tahan!!!!

Loading...