Berhasrat untuk mempunyai sebuah keluarga yang besar dan penuh bahagia dengan kehadiran anak-anak tersayang, Datuk Seri Aliff Syukri yang sudah mempunyai empat orang cahaya mata kandung dan seorang anak angkat memberitahu beliau akan menghadiahkan wang tunai RM 5 juta kepada isterinya, Nur Shahida jika melahirkan dua orang lagi cahaya mata perempuan.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh ibunya, Bonda Rozita Ibrahim menerusi akaun Instagramnya. Secara berseloroh, bonda mengharapkan cucu lagi daripada Aliff dan Shahida.
Pengorbanan seorang isteri bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat memang harus dihargai. Apa salahnya kan kalau betul Aliff ingin hadiahkan wang tersebut, ia sebagai penghargaan buat isteri tercinta.