March 25th, 2020

Pernah menyatakan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi serta memiliki segulung ijazah, akhirnya impian Datuk Seri Aliff Syukri menjadi kenyataan apabila diterima masuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM). Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang mempertikaikan kelayakannya dan menuduh dia menggunakan kekayaannya untuk masuk ke universiti tersebut.

aliff syukri uitm

Aliff sangat terkilan dengan dakwaan itu sedangkan apa yang diperolehnya itu adalah atas usaha dan pengorbanannya. Gigih belajar selama enam bulan untuk memastikan dirinya lulus ujian kelayakan.

Korang sangka tak, saya diterima masuk UiTM? Pertama kali masuk UiTM. Saya sedih sangat sebab ramai orang cakap saya masuk universiti ini sebab pakai duit atau rasuah.

Sedangkan saya belajar nak dekat dua tahun untuk saya lulus peperiksaan ini. Dengan usaha saya belajar enam bulan nak lulus peperiksaan, akhirnya saya lulus.

Bakal mengikuti kursus Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Perniagaan Antarabangsa yang bertempat di UiTM Shah Alam, Aliff mengatakan dia mahu mendapatkan segulung ijazah kerana enggan dipandang rendah serta dilabel sebagai seorang yang tiada pendidikan.

aliff syukri uitm

Terdahulu, Aliff juga berkata dia ingin membuktikan dirinya masih waras dan tetap bersemangat untuk terus berjaya meskipun sering dikecam serta dihina netizen.

Sumber Berita : Astro Gempak


3 responses to “Aliff Syukri Gigih Belajar Selama 6 Bulan Untuk Lulus Ujian Masuk UiTM”

  1. Farisha fairuz says:

    Semoga usaha dn kesungguhan tnpa mngira erti kekalahan semangat perjuangan dlm kehidupan walpun dh berjaya dlm perniagaan masih tetap semangat kejar cita2 … Alhamdulillah.. semoga segalanya di permudahkan. Siapa pun anda siapa pun kita sebagai manusia kta tidak layak menghukum.. back to basic.. Allah yg berkuasa semesta alam.. Langit dn bumi semua milik allah percaya kewujudan dia.

    Bersemangatlah, optimislah, berbahagialah, dan tenanglah kerana kita ber-Tuhankan Allah Yang Maha Kaya, Maha Kuasa dan Maha Mengasihi untuk selama-lamanya.

  2. Abg malek says:

    Hey Alip shukri …ko.belaja rajin2 kalo x aku datang sumbat pisang kemulut mu tu…aku libas dan aku kasi sengaaaaaat sama ko.sajat pun samo aku flying kick

  3. Anonymous says:

    semoga sukses. dalam bab pendidikan, saye sokong encik.

Loading...