Nampaknya ada sahaja isu melibatkan Datuk Seri Aliff Syukri, memang tidak boleh lari daripada kontroversi agaknya?
Terbaru, beliau sekali lagi dikecam netizen atas dakwaan menciplak ‘cover’ album penyanyi antarabangsa terkenal Justin Bieber. Kalau dilihat betul-betul , agak banyak persamaan dengan poster untuk lagu terbaru Aliff berjudul Biar Apa Orang Kata.
Aliff bagaimanapun tampil menafikan beliau meniru konsep album Justin dan menjelaskan beliau tidak terlibat langsung dengan rekaan poster untuk lagunya itu.
Mungkinkah secara kebetulan sama ataupun memang sengaja direka sebegitu untuk mendapat lebih hits dan viral? Apa komen korang?