Umum mengetahui, sudah menjadi kebiasaan untuk Datuk Seri Aliff Syukri memuat naik apa sahaja berkaitan kehidupannya di media sosial.
Meskipun sejak kebelakangan ini dia teruk dikecam netizen gara-gara mencetuskan pelbagai kontroversi, usahawan itu nampaknya tidak serik dan sekali lagi dikecam apabila memuat naik foto cek pembayaran zakat sebanyak RM52,500 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Menurut Aliff, sebagai seorang usahawan dia tidak melupakan tanggungjawabnya untuk menunaikan rukun Islam keempat itu lebih-lebih lagi perniagaannya “begitu laris”.
“Menunjuk lagi & riak” – Netizen
Seperti yang dijangka, perkongsiannya itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang berpendapat Aliff seolah-olah riak dan menunjuk-nunjuk kekayaannya kepada umum.
Bagaimanapun, terdapat juga netizen memuji dan menyokong tindakan Aliff yang sering membantu mereka yang memerlukan. Namun, mengenai tindakannya menayang cek tersebut, rasanya semua sudah tahu dia sememangnya begitu. Apa-apa pun, tidak salah untuk sekali sekala merendah diri dan merahsiakan setiap kebaikan serta sumbangan yang kita buat agar tidak mengundang salah faham atau persepsi negatif.
Anonymous
March 18, 2020 at 9:01 am
lagi pelik klu dia tak riak, dari dulu kan mcm tu, tak riak maknanya bukan alif syukri
Kak Tina
March 17, 2020 at 1:17 pm
SubhanaAllah Dato’. Sesebuk mana sekali pun, cuba luangkan masa mengikuti kuliah2 agama & muhasabah diri. InshaAllah Dato’ akan lebih tenang & bahagia. Doa saya semuga Dato’ diRahmatiNya selalu. Dato’ & keluarga adalah orang yang baik.
Anonymous
March 17, 2020 at 9:29 am
KESIANNN…..ANAK SAPE LA NI….
Anonymous
March 17, 2020 at 9:03 am
kalau RM52000 for zakat…. maknanya 2.5% dari pendapatan dan perniagaan setahun.. tak la banyak sangat berbanding dengan perbelanjaan Dato. Betul ke kiraan tu? Beg dan jam mewah dia pun harga lebih kurang tu.
whatuclass
March 17, 2020 at 8:55 am
orang kaya yang paling MISKIN!