Aliff Syukri Dikecam Riak, Tayang Cek Bayar Zakat RM52,000

Hiburan

Aliff Syukri Dikecam Riak, Tayang Cek Bayar Zakat RM52,000

Umum mengetahui, sudah menjadi kebiasaan untuk Datuk Seri Aliff Syukri memuat naik apa sahaja berkaitan kehidupannya di media sosial.

aliff syukri zakat

Advertisement

Meskipun sejak kebelakangan ini dia teruk dikecam netizen gara-gara mencetuskan pelbagai kontroversi, usahawan itu nampaknya tidak serik dan sekali lagi dikecam apabila memuat naik foto cek pembayaran zakat sebanyak RM52,500 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Menurut Aliff, sebagai seorang usahawan dia tidak melupakan tanggungjawabnya untuk menunaikan rukun Islam keempat itu lebih-lebih lagi perniagaannya “begitu laris”.

aliff syukri riak zakat rm52,000

“Menunjuk lagi & riak” – Netizen

Seperti yang dijangka, perkongsiannya itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang berpendapat Aliff seolah-olah riak dan menunjuk-nunjuk kekayaannya kepada umum.

aliff syukri zakat aliff syukri riak

Bagaimanapun, terdapat juga netizen memuji dan menyokong tindakan Aliff yang sering membantu mereka yang memerlukan. Namun, mengenai tindakannya menayang cek tersebut, rasanya semua sudah tahu dia sememangnya begitu. Apa-apa pun, tidak salah untuk sekali sekala merendah diri dan merahsiakan setiap kebaikan serta sumbangan yang kita buat agar tidak mengundang salah faham atau persepsi negatif.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...