Susulan krisis penularan COVID-19 di Malaysia, ramai pihak yang tampil memberikan bantuan termasuk para selebriti yang menghulurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan seperti orang susah untuk membantu meringankan beban mereka, termasuklah juga pasukan perubatan yang sudah bertungkus-lumus memerangi penularan wabak tersebut.
Melihat situasi itu, ramai mula menggesa usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri untuk menyalurkan derma atau bantuan ketika negara berdepan krisis COVID-19. Bagaimanapun, jelas Aliff dia akui sudah banyak menghulurkan bantuan bernilai puluhan ribu ringgit tetapi tidak dihebahkan kepada orang ramai.
Aliff berkata dia bimbang jika ada yang melabelkan dirinya riak serta menunjuk-nunjuk sekiranya bantuan itu dihebahkan kepada umum. Dia sebenarnya sudah penat dengan sikap netizen yang sering mengecamnya.
Meskipun segala kebaikan yang dilakukannya sering dipandang negatif oleh masyarakat, namun Aliff berkata dia tetap membuka ruang kepada orang ramai yang memerlukan bantuannya dengan menyediakan RM30,000 untuk mana-mana pihak yang memerlukan dengan meninggalkan komen di Instagramnya.
mamat anti kosmetik
March 24, 2020 at 2:27 pm
kenapalah tagging mamat kimak ni.
tak payah. dia ni nk glemer.
tak payah la. nanti lagi ramai org melayu bodoh sanjung dia
minah jambu say NO to drug
March 24, 2020 at 1:24 pm
semoga di murahkn lagi rezeki datuk aliff di beri kesehatan yg baik..jangan peduli ape orang kate ..kite baik orang sayang.. ungkap kate2 Abam bochey semoga roh nye di cucuri rahmat dan di tempat kan di syurga Allah Amin..
Anonymous
March 24, 2020 at 12:15 pm
Cronola pun boleh……
Abg malek
March 24, 2020 at 11:01 am
Abang aliff kentut busukkssss