Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Aliff Syukri Dedah Gaji RM250,000 Sebulan Tetapi Mengeluh Tidak Cukup?

Mempunyai kehidupan yang mewah, netizen tertanya berapa agaknya pendapatan bulanan  Datuk Seri Aliff Syukri. Menjawab pertanyaan menerusi ruangan Ask Me Question di Inst Stories, Aliff mendedahkan gaji bulanan beliau berjumlan RM 250,000 sebulan.

Advertisement

Walaupun mempunyai gaji yang tinggi, Aliff akui ia masih tidak mencukupi sehingga beliau terpaksa menambah pendapatannya dengan menawarkan perkhidmatan ‘ Instagram Review’.

Ada sesetengah netizen menganggap Aliff tidak bersyukur sedangkan ramai lagi diluar sana yang susah dan tidak pernah merasa mendapat gaji sebanyak itu. Namun, ada juga netizen yang kagum dengan pencapaian Aliff yang sering berusaha keras mencari rezeki tanpa mengira erti penat lelah untuk keluarganya.

Mungkin ada beberapa sikap Aliff yang kadang-kala membuatkan orang ramai rasa menyampah sehingga beliau sering dikecam, tetapi dalam bab perniagaan beliau adalah contoh yang terbaik buat anak muda diluar sana turut berjaya sepertinya. Hasil usaha yang keras dan semangat yang kuat untuk tidak mudah putus asa boleh dijadikan sumber inspirasi.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

31 Comments

  1. Anti

    July 24, 2018 at 11:09 pm

    Cer sesape bg tahu
    Dia ni bisnes apa sbnrnye?
    X kan jual produk camtu blh jd jutawan
    Sape yg beli produk2 camni sbnrnya?
    Sama mcm sajat n sapiey n vida tu…
    Jual produk kosmetikjer blh jd jutawan..
    X paham aku

  2. Haji Liman Haji Yusof

    July 24, 2018 at 3:31 pm

    Kurniaan kekayaan yang dimileki oleh manusia sebenarnya adalah ujian Allah semata-semata keatas hambanya. Sejauh mana dia mensyukuri nekmat Allah ini dan sebanyak mana pula dia membelanjakan hasil limpahan kekayaan itu pada jalan Allah itulah sebenarnya ujian amat berat yang mesti ditanggung. Allah menguji keimanan kita dengan anugerah kemewahan yang diberikan. Manusia yang beriman akan memanfaatkan kekayaannya dan kelebihannya untuk mencari redha Allah, menerusi pelbagai saluran ibadah. Kekayaan dan kemewahan wajib disyukuri, bukan untuk dijaja,dipromosi untuk menarik perhatian,dihebah-hebahkan dan dipertontonkan. Janganlah bersifat riak dan menunjuk- nunjuk yang berlebihan. Semua harta dan kekayaan milik Allah semata- mata. Bila dikehendakiNya, sekelip mata ia akan hilang. Tidak salah untuk menjadi kayaraya, jadi millioner dan billioner. Bersederhanalah dalam kekayaan dan kemewahan yang dinekmati kerana Allah sedang menguji kita dengan nekmat yang kita ada. Berbaktilah pada jalan Allah dengan kekayaan yang dihadiahkanNya kepada kita.Inshaa Allah

  3. greenfingers

    July 24, 2018 at 1:07 pm

    Klu gaji laki aku 10K mmg aku benti keje terus, apatah lg 250K,huhuh.. Teringin sgt nk asuh sndiri anak2, ajar ngaji solat n ajar anak2 sndiri. Apakan daya klu aku xkeje, sapa nk byr hutang yg berlambak tu,huhu.. Apa pun syukurlah dgn apa yg ada.

    • wekkkkkkk

      July 24, 2018 at 1:41 pm

      hehehehe pandai ko..10k msih kategori senangkan.
      sbb ada menteri ckp..yg bergaji rm5000.00 pun dh miskin bandar..mcm mana tu.

  4. mak cute

    July 24, 2018 at 12:33 pm

    produk2 local ni kbanyakkan produk timbang kilo…produk sampah…bkn aku ckp…dr rafidah & yoi yg ckp…saja nk soh org kecam…strategi marketing je mamat riak ni

  5. melati

    July 24, 2018 at 10:33 am

    Sebenar nya Dato Aliff ni tk sekaya mana pun..!!! ni tujuan nk promote jrrr… org yg btol Kaya mcm Mizz Nina, kalau Mizz Nina baca lah mesti dia kesian kat Dato Aliff ni, memalukan Melayu jrrrr…tgk Tun kasut Bata jrr…Kete pun Biasa jr, tk mcm Dato Aliff Pakai kete mewah. tapi pakai Road tax Serawak.( Murah skit)..pasal Mamat Dato Aliff lah terpalit kt Kete2 Mewah lain …!!! Bodoh punya Melayu..!!!

Loading...
To Top