Aliff Syukri Dedah Bekas Pembantu Tidak Pernah Burukkannya Biarpun Sudah Berhenti

Hiburan

Aliff Syukri Dedah Bekas Pembantu Tidak Pernah Burukkannya Biarpun Sudah Berhenti

Menyifatkan bekas pembantunya, Allahyarham Muhammad Ghazali Hj Mat Lawi seorang pekerja yang baik dan berdedikasi, usahawan kosmetik penuh kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri tampil mendedahkan sifat peribadi jejaka tersebut kepada umum.

Aliff Syukri Dedah Bekas Pembantu Tidak Pernah Burukkannya Biarpun Sudah Berhenti

Advertisement

Menurut Aliff, arwah telah berkhidmat selama empat tahun namun membuat keputusan untuk berhenti kerja sejak tiga bulan lalu.

“Secara jujurnya beliau seorang yang baik. Tidak saya sangka selepas tidak sampai 2-3 bulan beliau berhenti kerja, beliau sakit dan saya dikhabarkan beliau telah meninggal dunia.”

Sementara itu, pelantun lagu Abang Nak Tegur turut menyatakan arwah tidak pernah mengutuk dirinya kepada umum meskipun mengetahui banyak perkara tentang dirinya.

Aliff Syukri Dedah Bekas Pembantu Tidak Pernah Burukkannya Biarpun Sudah Berhenti

“Walaupun Ghazi ni di kamera nampak seperti poyo tapi orang baik, menghargai kerjanya dan alhamdulillah selama beliau bekerja dengan saya hampir 4 tahun tidak mendatangkan masalah. Malah tidak pernah memburukkan saya walaupun dah berhenti. Jauh sekali mengutuk saya walaupun dia tahu mengenai semua benda tentang saya.

Ujar Aliff lagi, agak sukar untuk dirinya mencari pekerja sebaik Ghazi. Keprihatian lelaki tersebut serta tanggungjawab yang ditonjolkannya dalam melaksanakan tugas amat dikagumi usahawan itu.

Aliff Syukri Dedah Bekas Pembantu Tidak Pernah Burukkannya Biarpun Sudah Berhenti

Untuk rekod, Ghazi meninggal dunia dipercayai berpunca daripada penyakit appendiks yang dihadapinya. Malah keadaan Allahyarham juga semakin tenat sejak beberapa hari yang lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...