Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri dijangka bakal mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records bagi ‘Kutipan Jualan Bag Tangan RM1 Juta Terpantas Melalui Penstriman Langsung’ yang dijadualkan berlangsung pada 3 Ogos nanti.
Kata usahawan berusia 38 tahun itu, dia berasa gementar namun pada masa yang sama mahu bersaing secara sihat untuk merebut tahta tersebut serta memohon orang ramai mendoakannya.
Difahamkan, rekod berkenaan ketika ini dipegang oleh seorang ‘content creator’ terkenal yang juga merupakan usahawan berjaya, Khairulaming.
Saya sangat gementar bila memasuki Malaysia Book of Records kerana tidak ada unsur tipu-tipu boleh berlaku.
Sedekah sebahagian hasil jualan
Aliff, dia mahu berkongsi rezeki dan menyalurkan sebahagian daripada hasil jualan pada hari tersebut kepada rumah anak-anak yatim.
Saya juga bernazar sekiranya dapat mencipta rekod Malaysia tersebut, saya akan mengagihkan sebahagian hasil jualan tersebut ke rumah anak yatim yang terpilih bagi berkongsi rezeki.
View this post on Instagram
Anak kepada usahawan terkenal Bonda Rozita itu juga berharap agar rakyat Malaysia dapat memberikan sokongan kepadanya agar dia dapat mencipta nama sebagai pengeluar bag tempatan yang terlaris di Malaysia.