Aliff Syukri Beri Amaran, Jangan Kaitkan Keluarga Dalam Kontroversi Rumah Tangganya

Hiburan

Aliff Syukri Beri Amaran, Jangan Kaitkan Keluarga Dalam Kontroversi Rumah Tangganya

Kemelut rumah tangga Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida terus hangat diperkatakan. Rumah tangga pasangan itu dikatakan berantakan apabila kedua-duanya dikatakan saling tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing, sejak bulan lalu.

aliff syukri rumah tangga

Advertisement

Lebih membuatkan spekulasi terus tercetus apabila ibu Aliff iaitu Bonda Rozita Ibrahim, dikatakan turut ‘unfollow’ menantunya dan ia sekaligus menguatkan lagi desas-desus rumah tangga pasangan ini sedang berantakan.

Sejak semalam, kecoh  tentang kata-kata nasihat Bonda Rozita yang mengatakan kesetiaan adalah harga mati dan jangan berharap untuk mendapatkan kesetiaan dari orang yang tidak setia. Rata-rata netizen mendakwa perkongsian itu ditujukan buat Shahida.

aliff syukri beri amaran

Pelbagai spekulasi tercetus termasuk tersebarnya surat tuntutan cerai, Aliff menerusi Insta Story di Instagram memuat naik status memberi amaran, agar tiada pihak terus menyebarkan sebarang berita tidak benar kerana menurut Aliff isu tersebut bukanlah bermula darinya.

Malah, dia memberi amaran untuk tidak melibatkan keluarganya dala kontroversi rumahtangga.

bonda rozita perli isteri aliff syukri

Terdahulu, Shahida berkata dia langsung tidak tahu menahu mengenai tindakan ibu mentuanya ‘unfollow’ akaun Instagramnya dan sejujurnya dia tidak ambil pusing mengenai perkara itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...