Datuk Aliff Syukri sememangnya dikenali dengan kandungan-kandungan media sosial yang mencuit hati dan penuh dengan kontroversi.
Menjelangnya hari raya, peminat pastinya tertunggu-tunggu lagu raya terbitan usahawan itu berserta gimik-gimiknya.
Baru-baru ini tular video memaparkan pembantu rumah Datuk Aliff Syukri dirakam menyanyi dengan suara yang merdu, lebih baik dari majikannya.
Malah, menurut bibik itu, dia mengatakan bahawa dirinya dulu merupakan seorang penyanyi di kampung halamannya di Indonesia sebelum datang ke Malaysia untuk menjadi pembantu rumah.
@aiminohh2 Bibik dato aliff rupanya penyanyi kat kampung. Mega ehh! ? #datoaliffsyukri #aliffsyukri #ammarahyan #cess #dherbs #dherbsterlajaklaris #fyp #masukberandafyp #fyp?
? Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji kemerduan suara bibik dan sempat mengusik Datuk Aliff Syukri cemburu dengan kelunakan suara pembantu rumahnya itu.
Malah, ada yang mencadangkan agar Aliff Syukri berkolaborasi dengan bibiknya pada tahun hadapan untuk penghasilan single lagu raya Aidilfitri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.